30 July 2015

Perangi premis judi habis-habisan, amaran pertama Zahid sebagai TPM

Tiada pihak yang akan terlepas jika memberikan perlindungan kepada premis perjudian. Demikian amanat pertama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas bergelar timbalan perdana menteri.

Zahid yang juga menteri dalam negeri turut mengingatkan ketua polis di setiap negeri agar memastikan premis judi di kawasan mereka dihapuskan 100% berkuatkuasa semalam.

"Saya ingin memberitahu bukan sekadar amaran.

"Mana-mana pegawai dan anggota polis, individu sama ada mewakili organisasi bukan kerajaan (NGO) atau kumpulan tertentu, memberikan perlindungan kepada rumah judi ini, mereka tidak akan pernah terlepas daripada tindakan yang dilakukan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"Saya harap kepada ketua polis negeri seluruh negara. Ini arahan menteri dalam negeri. Hapuskan. Mulai semalam saya minta hapuskan 100%," katanya ketika menghadiri sambutan Hari Raya Aidilfitri Warga Perumahan Polis Desa Tasik, Sungai Besi, di Kuala Lumpur malam ini.

Zahid berkata tidak ada satu bangsa atau agama yang bersetuju jika aktiviti perjudian dibiarkan berleluasa.

Katanya, aktiviti perjudian bukan saja merosakkan remaja tetapi ada di kalangan mereka yang berpendapatan rendah dan tidak mampu membiayai keluarga turut terlibat dalam kancah perjudian.

"Tidak ada individu yang rasional juga bersetuju dengan judi.

"Keluarga menjadi retak porak-peranda dengan wang yang sepatutnya digunakan untuk perbelanjaan isi rumah tetapi digunakan kepada aktiviti perjudian. Yang untung tauke judi," katanya.

Sementara itu, Zahid turut mengingatkan orang ramai agar tidak melindungi penjenayah hanya berdasarkan keturunan.

Katanya, masyarakat di Malaysia harus menyuburkan budaya hormat menghormati antara kaum bagi memupuk perpaduan dalam negara.

"Jangan melindungi penjenayah atas nama rasa kekitaan yang kuat, berdasarkan kepada keturunan.

"Kita tahu perasaan bagaimana mahu membela sesuatu keturunan tetapi kerana 'sunnatullah' menentukan masyarakat Malaysia merupakan masyarakat majmuk, kita perlu menghormati kaum, budaya dan agama lain," katanya. – TMI

10 comments:

  1. Cantik..
    Jgn hangat2 tahi ayam sudah la

    ReplyDelete
  2. Kat Genting kena tutup jugak ke ?

    ReplyDelete
  3. Kat Genting di kecualikan sbb kedudukkannya tinggi sangat. Lagipun kat sana jarang2 orang islam pergi. Orang islam pergi sana cuma nak main2 dan jalan2 aja. Orang melayu islam bukannya mampu main judi kat sana.

    ReplyDelete
  4. bukankah dia yang tulis surat kat cia, lepaskan raja judi?

    ReplyDelete
  5. Jom buat hudud....

    Aik tak jadi pulak...

    Jom buat hudud

    Aik tak jd pulak

    Dah 3kali dah tahun ni - la projek bangsat lg penting utk selamat Kelantan.. Dan juger projek 1mdb utk selamat najib

    ReplyDelete
  6. Sudah la zahid...lu punya cakap semua retorik bukan penah buat pun...pigi dah

    ReplyDelete
  7. Bukankah si Zahid ni yang tulis surat membela Phua, raja judi tu? Hahhah sekarang nak hapuskan judi pulak. Kat mulut nak hapus tapi kat hati "teruskanlahhh". Kenal laaa

    ReplyDelete
  8. takda lesen haram...ada lesen bolehh..

    ReplyDelete
  9. Ada lesen halal..tade lesen halam maa..

    ReplyDelete