04 July 2015

Parti baharu beri harapan tawan Putrajaya, kata Mat Sabu

Perbicangan berterusan bagi menubuhkan parti politik baharu digerakkan pemimpin progresif PAS, dan satu gabungan baharu parti pembangkang, memberi harapan kepada rakyat Malaysia yang mahukan perubahan.
Bekas timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata beliau sudah mula bertemu dengan rakan politik dan pemimpin masyarakat sepanjang bulan Ramadan ini dan melihat parti baharu ini satu keperluan.

Menurut Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu, beliau pada mulanya beranggapan boleh "berehat" selepas kalah dalam pemilihan PAS bulan lepas, namun situasi tersebut menyebabkannya dipaksa bergiat kembali dalam politik.

Katanya, selepas pulang dari luar negara, beliau diheret memberi ucapan dalam pelbagai acara dan setibanya di Johor, beliau diberikan empat pilihan.

Di antaranya, kekal dalam PAS, menyertai pertubuhan bukan kerajaan, menyertai DAP atau PKR atau menubuhkan parti baharu. - TMI

1 comment:

  1. dalam politik semua pihak akan mengatakan
    hanya pemimpinnya yg betul , telus, berwibawa, cuba namakan siapa layak jadian perdana menteri Malaysia pada pilhanraya
    akan datang!

    ReplyDelete