LagiBerita
Sinar Harian | Malaysiakini | CariGold | Utusan | Mstar | BHarian | HMetro | Kosmo | Astro Awani | Harakahdaily | Bernama | Malaysian Digest | Keadilan | Mynewshub | SemasaPost (V) | Malaysiakini (Vid) | MediaRakyat (Vid) | Google | E-mail | Video | Blogger
eXTReMe Tracker

19 July 2015

Kes kemalangan musim Hari Raya meningkat dengan lebih 200 kematian

Admin | 9:34 PM |
Keadaan sebuah kereta yang remuk selepas terbabas di KM12 Lebuhraya Damansara-Puchong pagi tadi, menyebabkan seorang lelaki maut. Kemalangan sepanjang musim Hari Raya terus meningkat, menurut perangkaan polis. – Gambar Twitter Bomba, 19 Julai, 2015.
Sebanyak 12,383 kes kemalangan jalan raya yang menyebabkan 203 kematian direkodkan sehingga hari kedua Aidilfitri semalam, sejak Op Selamat 7/2015 dilancarkan pada 10 Julai lepas.
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata angka  itu mencatatkan peningkatan berbanding 11,277 kemalangan dan 185 kematian sehingga hari pertama Aidilfitri pada Jumaat.

“Daripada 203 kes kematian yang direkodkan sehingga 18 Julai, sebahagian besar melibatkan motosikal iaitu 123 kes diikuti 51 kes membabitkan kereta," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Johor merupakan negeri yang mencatat kematian jalan raya paling tinggi dengan 36 kes diikuti Selangor (29), Pahang (21) manakala Perak dan Kelantan berkongsi jumlah sama iaitu sebanyak 19 kes.

Selain itu, sebanyak 76 kes direkodkan di jalan persekutuan, 56 kes di jalan negeri, 26 kes di lebuh raya, 23 kes di jalan bandar, dan 22 di jalan-jalan lain.

Fuad berkata sebanyak 123,190 saman juga dikeluarkan polis setakat ini yang membabitkan 61,940 kes memandu melebihi had laju, 2,781 kes memotong barisan dan 958 kes menyalahgunakan lorong kecemasan. – Bernama

Seperti berlaku peperangan di jalan raya. Ubahlah strategi demi menjaga nyawa rakyat. Tidak perlulah rakyat menunggu kerajaaan yang baharu untuk melakukan perubahan dalam isu menangani 'kegawatan' ini.

3 comments :

  1. Polis dan penguatkuasa JPJ hanya tahu hendak keluarkan saman saja tapi tidak mahu kaji cara telus kenapa kenapa kemalangan bertambah padahal pelbagai kempen kesedaran dilaksanakan apakah semua individu yang bergelar pemandu terlalu cuai semasa mengendalikan kenderaan mereka tidakkah pehak berwajib berasa bertanggung jawab diatas kejadian yang tidak diingini oleh semua rakyat negara yang mengaku bertanggungjawab keatas rakyat tidak mahu membuat sesuatu yang pehak polis pula ketuanya asyik sebok hendak menyiasat hal langsung tidak memberi kebaikan pada rakayat sebaliknya sibukk dengan arahan twiternya saja

    ReplyDelete
  2. ini tentu pasai cermin getap dan plate no tak ikut peraturan hihihihi

    ReplyDelete
  3. Saman mendatangkan hasil kpd kerajaan, kempen keselamatan jalanraya duit habis. Nyawa rakyat tak bernilai berbanding pemimpin. Kereta kurang berkualiti & selamat, jalanraya kurang selamat & faktor manusia serta kesedaran tentang keselamatan punca masalah kemalangan. Jalan bertol tetapi semakin sesak juga faktor menyebabkan meningkatnya kemalangan.

    ReplyDelete