06 July 2015

Kejadian ganas pertama dalam sejarah 50 tahun politik Kit Siang

Serangan sekumpulan samseng di sebuah kopitiam di Masai, Johor hari ini adalah kejadian ganas pertama dialami pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dalam kerjaya politiknya yang menjangkau hampir setengah abad.
"Ia sangat memalukan kerana berlaku pada bulan Ramadhan," kata Lim kepada The Malaysian Insider.

Ia juga digambarkan sebagai layanan paling teruk parti itu terima di Johor sejak ia mula berusaha menawannya bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat (PR).

Lim berkata, beliau tidak terkejut serangan itu berlaku tetapi "jijik" dengan tingkah laku mereka yang menghentikan sesi dialog itu.

"Kami masuk dan sekumpulan individu sudah ada, memandangkan mesej WhatsApp sudah disebarkan ahli Umno Pasir Gudang," kata Lim.

"Mereka mungkin fikir dengan mesej, saya akan berasa terancam dan tidak muncul.

"Kami pergi kira-kira setengah jam, sebelum mereka mula membuat bising menuntut saya meninggalkan tempat itu. Mereka kemudian mula mencampak segala barang kepada kami," katanya.

"Budaya politik samseng seperti ini perlu dihentikan dan semakin menjadi-jadi. Menteri besar Johor (Datuk Seri Mohd Khaled Nordin) perlu bertanggungjawab," katanya.

Kejadian itu berlaku di kawasan Pasir Gudang, yang terletak di kawasan Khaled.

Lim memberitahu The Malaysian Insider hari ini mangkuk, pinggan, dan tumbukan ditujukan kepada rombongan DAP yang menjalankan program perbincangan dengan beberapa pekerja Iban yang tinggal di Johor Baru.

Beliau tidak mengalami sebarang kecederaan, kedua-dua mereka yang mengiringi beliau ke kereta berhadapan dengan tumbukan, sementara beberapa orang didakwa cuba mencekik Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong semasa beliau menuju ke keretanya.

Insiden sesi dialog itu selepas kejadian di mana Liew diusir daripada melawat bazar Ramadan di Johor tahun lepas, dan Setiausaha Politik Lim, Dyana Sofya Mohd Daud dihalau dari kampung tidak lama selepas Pilihan Raya Umum ke-13.

Lim adalah ahli Parlimen Gelang Patah manakala Liew adalah ahli Parlimen Kluang.

Lim berkata, polis tidak mempunyai kakitangan yang cukup dan menasihati para pemimpin DAP untuk meninggalkan tempat itu.

Difahamkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor Jaya Liow Cai Tung akan membuat laporan polis mengenai perkara itu.

"Bagi (Lim) ia adalah kali pertama beliau melihat perkara seperti ini dalam beberapa dekad kerjaya politiknya, tetapi walaupun kita (DAP Johor) mengalaminya sebelum ini, ia masih agak buruk," kata Liew kepada The Malaysian Insider.

Liew berkata, kumpulan itu mengambil keputusan meneruskan sesi dialog itu kerana percaya ia adalah hak asasi mereka untuk menganjurkan acara itu.

"Ia adalah hak asasi kami, dan kami sudah memaklumkan kepada polis mengenai perkara itu apabila kami mengetahuinya," katanya.

Antara mesej yang diedarkan menuduh Lim sebagai "cauvinis dan komunis". - TMI
 

3 comments:

  1. 13mei1969 adalah sejarah paling ganas dap lim kit siang yang membunuh ramai orang2 melayu, anak muda mana pernah merasa dan tahumenahu tenang peristiwa berdarah dan kurang ajar komunis dap, belajarlah Dari peristiwa ini wahai anak muda melayu.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lim Kit Siang bunuh melayu??? kotey hang la..mesti hang dengar tukang karut mana cerita.,entah entah mak hang pun masih menyusu

      Delete
  2. Samseng lembu umno ni....sekolah pun tak habis ni....org pun menyampah tengok kot....bajak wangkang( sekolah bodoh ni !!!!!)..cayelah cakap aku!!!!!!

    ReplyDelete