24 July 2015

GHB sedia ganti PAS dalam gabungan baharu, kata Khalid Samad

Gerakan Harapan Baru (GHB) sedia menggantikan kedudukan PAS dalam gabungan baharu yang diumumkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Komitmen itu dinyatakan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang merupakan salah seorang daripada 8 ahli Parlimen PAS yang bersama gerakan itu – sedang dalam proses mendaftarkan sebagai sebuah parti politik baharu.
"Kalau PAS sudah tidak mahu bersungguh-sungguh dengan Pakatan Rakyat (PR) dalam satu gabungan yang mampu menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional (BN), maka kami akan mengambil alih peranan itu," katanya pada sidang media di pejabat beliau di Shah Alam, semalam.

Pengumuman Anwar disambut kenyataan ahli Parlimen veteran DAP, Lim Kit Siang yang mendedahkan PAS tidak dijemput dalam mesyuarat penubuhan gabungan baharu bagi menggantikan PR.

Susulan pengumuman itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan kepada ahli partinya agar tidak berketuakan DAP yang "tidak beriman dan budiman".

Menurut Khalid, beliau tidak dapat menduga dinamik hubungan PAS dengan pakatan baharu itu kelak, namun jelasnya GHB seboleh mungkin akan mengelakkan pertembungan 3 penjuru dengan parti Islam itu dalam pilihan raya umum.

Bagaimanapun sekiranya ia berlaku, rakyat akan menilai pihak mana di antara GHB dan PAS yang lebih komited melawan Umno dan BN.

"Kalau berlaku 3 penjuru ia akan untungkan Umno. Oleh itu, kita perlu cari mekanisma penyelarasan. Kalau tak dapat dielak, pengundi kena pilih parti mana yang lebih komited kepada usaha jatuhkan Umno," katanya dalam wawancara dengan kumpulan Facebook “The Rage for Liberty” yang berlangsung selepas sidang media.

Sementara itu, Khalid turut menyeru menyelaraskan pandangan parti terhadap ahli PAS yang berminat dengan GHB.

Menurut bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu, seharusnya kepimpinan pusat bermesyuarat terlebih dahulu dan bukannya mengeluarkan pelbagai kenyataan bercanggah.

Katanya, pada masa ini kenyataan dikeluarkan pelbagai kumpulan seperti PAS Selangor, Kelantan dan Pemuda.

"Jadi sekarang ini tegaskan pendirian anda – panggil ahli Jawatankuasa PAS Pusat bermesyuarat bincang masalah kami ini dan berikan surat kepada kami, apa sebenarnya yang kamu hendak daripada kami. Hendak kami letak jawatan atau apa?

"Apabila dah dapat itu barulah kami respons, sekarang ini kalau kami respons pun berbagai-bagai punya komen, tak perlu kita respons," katanya pada sidang media.

Khalid berkata, PAS seharusnya memberikan pendirian rasmi mereka secara bertulis kepada pemimpin GHB dan bukannya menggunakan media.

"Lakukan secara profesional dan teratur barulah kami akan respons," katanya. - TMI

3 comments:

  1. yang pasti GHB tidak akan disertai oleh pendokongnya dari Kelantan.
    kita tidak akan lihat kelibat nama-nama besar seperti Kamaruddin Jaafar, Husam Musa, Nik Mazian, Zaki Ibrahim dan Rozi Tendong.

    ReplyDelete
  2. Lama lama masuk la tokoh Kelantan dlm GHB, depa cekap tunggu ROS lulus kan penubuhan dulu. Lagi pun kalu tunggu pun bukan boleh jadi calun PRU akan dating pun, JUGA > SEMUA ini kerana DIA dan jemaahnya kunun pewaris nabi TAPI
    1.dia fitnah calon pkr sbg penjual pil kuda?
    2.dia hina presiden pkr konon tak ada kelayakan jadi mb?
    3. dia cuba hasut azmin dgn jawatan mb?
    4. Muktaman dan dewan ulama memutus dgn DAP Penang TAPI MASIH KEMARUK nak pegang jawatan di Penang, letak jawatan la KALAU MASIH ADA TELUR DAN MARUAH- lain le kalu masih cinta duit untuk bayar bil letrik dan kereta ha ha ha
    5. ahli mendoa laknat pemimpin2 pro?
    6. ahli mengeboo pemimpin2 pro?
    7. ahli2 memijak gambar2 pemimpin2 pro?
    8. dia gagal bentang ruu dlm mesyuarat pr wlpn dah janji?
    9. dia dan penyokong2 melabelkan pemimpin2 pro dgn pelbagai gelaran jebon, tolol, barua yg tak Islam? tp mulut isle isle kunun padahal mcm mulut Longkang
    10. masih lagi bertahaluf siyasi dgn dap di Selangor?
    11. pas yg masih bertahaluf siyasi berlaku khianat?
    12. dia selalu ponteng sidang parlimen?
    13. dia mencanangkan hudud Allaha swt tapi tak ada satu hudud pun dlm ruu yg nak dibentangkan diparlimen yg DIA ponteng?
    14. Macam merestui pemilihan muktamar lebih jilake dari Israel @ yahudi dengan MENGGUNAKAN CAI, Ulama pas pula seronok gila guna Cai
    dan banyak lagi...AKU MEMERHATI KEHAIRANAN KELAKU MEREKA

    ReplyDelete
  3. Ganti boleh, tp sape yg mau sokong ghb ni? Geng liberal(sekular) dlm pas ni xramai..org cina dap ka undi depa?..bagusla puak2 dap ni keluar segera dr pas..mereka sygkn dap dan anwar lebih dr pas.

    ReplyDelete