11 June 2015

Speaker Palestin dibebaskan dari penjara Ofer

RAMALLAH - PALESTIN. Speaker Majlis Perundangan Palestin (PLC), Aziz Dweik, dibebaskan dari penjara Ofer di Tebing Barat berhampiran bandar Ramallah selepas membayar denda sebanyak AS$1,565 (RM5,900).


Menurut Pusat Kajian Tahanan dan Hak Asasi Manusia Ahrar, Aziz, 67, dijatuhi hukuman penjara setahun dan diperintahkan membayar ribuan ringgit oleh mahkamah Israel 25 Mei lalu, kerana berucap pada sebuah majlis pro rintangan pada tahun 2013.

Susulan hukuman itu, organisasi tersebut mengecam kerajaan rejim Zionis dan menuntut pembebasan segera semua tahanan Palestin yang ditahan di pusat tahanan Israel, terutamanya Aziz.

Aziz diculik tentera Israel di bandar Hebron di Tebing Barat pada 16 Jun tahun lalu, lapor Press TV. - SH

No comments:

Post a Comment