03 June 2015

Polis kepung penjenayah bersenjata di TTDI

KUALA LUMPUR - Polis kini sedang mengepung kira-kira enam lelaki dipercayai bersenjata yang melarikan diri ke Taman Rekreasi Lembah Kiara di Taman Tun Dr Ismail sejak jam 5 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Senior Asisten Komisioner Azlee Abdullah berkata, kesemua suspek dipercayai warga asing.

Beliau yang mengesahkan perkara itu berkata, polis telah mengepung kawasan berkenaan sejak jam 5 pagi tadi.

Enam lelaki itu terserempak dengan anggota polis yang sedang membuat rondaan sebelum melarikan diri ke kawasan hutan di belakang taman rekreasi, dan operasi menjejaki suspek masih diteruskan," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment