23 June 2015

PAS: Tiada tindakan pada Khalid Samad

PAS tidak akan mengambil tindakan displin terhadap MP Shah Alam yang menggesa parti 'cermin diri' terlebih dahulu sebelum menyatakan DAP sebagai chauvinis.

Bercakap kepada Malaysiakini, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pandangan Khalid Samad sekalipun bertentangan panduan parti, ia tidak dianggap kesalahan.

"Buat masa ni kita akan memerhati perkembangan tapi kami tidak bercadang untuk mengambil tindakan.

"Kita lihat bahawa pandangan berbeza ini bukan suatu kesalahan, cuma (beliau) kena perbetulkan la kenyataan dia," kata Tuan Ibrahim.

Pada Ahad, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS bekerja dengan semua parti kecuali chauvinis.

Beliau juga tidak merujuk kepada mana-mana parti terbabit. DAP sering dilabel sebagai parti 'chauvinis'.

Bagaimanapun Tuan Ibrahim yang kenyataan Abdul Hadi tidak merujuk kepada DAP.

"Apa yang dimaksudkan sebagai chauvinis (oleh) presiden tu bukan merujuk kepada DAP dan perkataan DAP pun tak disebut dalam kenyataan beliau. Belau tidak sebut secera langsung mana-mana parti," katanya.

Semalam Khalid mempersoal jika DAP boleh dilabel sebagai chauvinis kerana lebih ramai orang Melayu akan menyertai parti itu. - Malaysiakini

No comments:

Post a Comment