KUNDASANG - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bergegas
keluar meninggalkan bangunan tempat sidang media selepas berlaku gegaran
susulan jam 1.35 petang tadi.
Sidang media di Liwagu, Kundasang terpaksa ditangguhkan seketika ekoran
berlaku satu lagi gegaran pada kira-kira jam 1.35 petang.
Turut kelihatan bergegas keluar meninggalkan bangunan tempat sidang
media tersebut ialah Presiden Pas yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam
Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.
Memetik laporan Astro Awani, situasi tersebut membuatkan semua orang
yang berada dalam ruang berlangsungnya sidang media berkenaan, termasuk
petugas media dan pegawai pengiring bergegas keluar.
Sidang media itu difahamkan pada awalnya untuk Muhyiddin mengemas kini
perkembangan usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa di Gunung
Kinabalu selain mengulas mengenai pengurusan bencana termasuk bentuk
bantuan yang bakal dilakukan.
Difahamkan, setelah suasana kembali tenang dan dilaporkan selamat sidang media tersebut diteruskan. - SH
Hadi ada dgn muhyidin? Nak tolong baca talkin ke? Nape cabut lari pula!
ReplyDelete