PARLIMEN Kerajaan
mengeluarkan surat sokongan kepada 1MDB, milik penuh Kementerian
Kewangan, untuk mendapatkan pinjaman RM540 juta dari Export-Import Bank
of Malaysia Bhd (Exim Bank), yang juga milik kementerian berkenaan.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong memberitahu Parlimen
semalam bahawa pinjaman itu kemudiannya digunakan untuk pembelian
sebidang tanah oleh 1MDB di Pulau Indah, Selangor.
Dengan
ini, Chua telah mengesahkan dakwaan laman web pemberi maklumat
Sarawak Report, yang menyatakan bahawa 1MDB telah menerima pinjaman itu
pada bulan Mac tahun ini.
Kerajaan telah mengeluarkan surat sokongan kepada Exim Bank bagi
pinjaman yang diambil oleh 1MDB itu, kata Chua menjawab soalan Tony Pua
(DAP-Petaling Jaya Utara).
Exim Bank, sebuah agensi kewangan yang ditubuhkan pada tahun 1995,
ditugaskan untuk menyediakan kemudahan kredit untuk membiayai, menyokong
eksport dan import barangan.
Semua pinjaman yang diberikan oleh Exim Bank kepada pelanggan telah
memenuhi mandat daripada Exim Bank dalam menyokong syarikat-syarikat
tempatan yang terlibat dalam pasaran pelaburan di luar negara, kata
Chua.
Syarikat-syarikat berkenaan juga telah memenuhi kriteria, seperti penerimaan risiko yang ditetapkan oleh Exim Bank, katanya.
Chua juga menafikan bahawa 1MDB terlebih bayar kepada Tadmex Resources
Bhd, dengan membayar RM20.80 bagi setiap kaki persegi (psf) untuk
membeli tanah itu.
Penilaian tanah itu dilakukan oleh sebuah syarikat yang bebas, kata Chua
sambil menambah (pembeli lain) membeli tanah di sekitar Pulau Indah
pada harga antara RM55psf dan RM66psf.
Memetik Akta Institusi Kewangan dan Perbankan, Chua berkata Exim Bank
tidak dapat mendedahkan lebih banyak maklumat dari dokumen yang
berkaitan dengan pinjaman itu.
Dalam ucapan penangguhan Parlimennya sebelum itu, Pua bertanya sama ada
kerajaan menyediakan surat sokongan bagi mendapatkan pinjaman dari Exim
Bank, seperti yang dinyatakan oleh Sarawak Report.
Beliau juga bertanya sama ada kerajaan bertanggungjawab untuk membayar hutang itu sekiranya 1MDB gagal membayarnya.
Chua bagaimanapun tidak menyebut mengenai kewajipan kerajaan sekiranya 1MDB gagal membayar pinjaman itu. - Malaysiakini
Tadmex Resources Bhd . Tak silap kawan company milik Tengku Adnan mansor. 1MDB beli company dah tak berduit. Padanlah sokongan PM tidak berbelah bagi.
ReplyDeleteHati-hati di sini. Tidak ada yang boleh membantu anda di sini atau bahkan menyarankan bagaimana anda bebas untuk mendapatkan bantuan kewangan. Setiap jawapan dari pemberi pinjaman kredit atas soalan anda, anda harus mengabaikan, kerana Mereka Apakah Penipuan ... penipuan yang nyata ... saya adalah mangsa yang saya koyak Ribuan dolar ... baik terima kasih Tuhan untuk saudara Kristian yang dimaksudkan saya untuk sebuah organisasi pinjaman yang dibentuk oleh beberapa Ibu Clara, claraloans@financier.com.
ReplyDeleteMereka membuat hidup saya yang berharga dan memberikannya makna. Ketika adik memberiku semata-mata untuk Untuk kenalan lebih lanjut, saya menghubungi dia. Mereka meluluskan pinjaman sebanyak $ 75.000,00 USD dan dalam 48 jam selepas bertemu semata-mata untuk orang lanjut Untuk melawan kehendak, pinjaman saya disimpan di dalam akaun bank saya tanpa cagaran. Saya akan menyesal Total hidupku, Kerana pada titik waktu saya hanya bercerai ayah dari anak saya, dan anak saya (Ridwan) dihadapkan dengan keadaan hidup dan mati. Jangan ragu untuk menghubungi via Email: Claraloans@financier.com. Untuk pertanyaan lebih lanjut. hubungi saya via: Yunitanurudeen@gmail.com