09 May 2015

TH jual tanah milik 1MDB

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) membuat keputusan menjual tanah bernilai RM188.5 juta di Tun Razak Exchange (TRX) milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim Abdul Rahim berkata, keputusan itu dipersetujui oleh barisan Ahli Lembaga Pengarah TH setelah mendapat nasihat daripada Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi.

"Pada mesyuarat malam tadi semua Ahli Lembaga Pengarah bersetuju untuk mempertahankan tanah ini. Namun, pagi ini Perdana Menteri membuat panggilan telefon dan menasihatkan TH supaya menjual tanah ini bagi mengelakkan TH terus difitnah.

"Maka, Ahli Lembaga Pengarah bermesyuarat sekali lagi pagi ini dan bersetuju untuk menjual tanah tersebut. Keputusan ini juga dibuat demi menjaga sentimen pendeposit TH yang risau dengan wang simpanan mereka sejak isu ini dibangkitkan sejak dua hari lalu," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini. - SH

1 comment:

  1. Hukum Pengurusan Tabung Haji:
    Jika anda berfikir ada pihak yang akan menghukum Pengurusan TH, anda silap. Kita yang harus menghukum mereka. Saya dan anda. Bagaimana? Beraturlah. Jangan pegang sepanduk, jangan bersuara, jangan marah, jangan maki. Hanya bawa buku pelaburan. Pindahkan caruman anda ke institusi kewangan yang lain. Saya cadangkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) atau mana-mana institusi kewangan yang menawarkan produk atau pelaburan yang mematuhi sistem perbankan Islam.

    Ini harus berterusan sehingga pengerusi dan ahli lembaga pengarah yang terlibat meletak jawatan. Jika anda mengeluarkan semua wang anda, mereka tiada pillihan, selain daripada melepaskan jawantan mereka. Ini adalah hukuman kepada TH dan amaran kepada yang lain

    ReplyDelete