Lim Guan Eng hari ini mendakwa tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyerang DAP baru-baru ini hanya helah parti Islam itu untuk dijadikan alasan meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) dan menyertai Umno.
Setiausaha agung DAP itu berkata, beliau terkejut dan sedih dengan serangan terkini Hadi terhadap parti itu, sambil menambah, pemimpin PAS itu kini "hilang akal" dan harus meninggalkan PR jika itu yang sebenarnya beliau mahu.
"Semua tuduhan itu tidak berasas dan tidak masuk akal. Ia kelihatan seolah-olah seperti satu usaha mencari alasan membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno-BN," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Umno, parti Melayu utama dalam Barisan Nasional (BN), sekian lama merupakan musuh utama PAS dalam persaingan mendapatkan undi Melayu-Islam.
"Sekiranya beliau hendak membentuk kerajaan perpaduan dengan mereka, silakan. Tetapi jangan menyerang dan membuat tuduhan palsu terhadap DAP. "
Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang, mengulas komen Hadi semalam mengatakan PAS bersedia memutuskan hubungan dengan DAP berikutan langkah DAP mengumumkan menubuhkan kabinet bayangannya sendiri tanpa dianggotai PAS dan PKR.
Hadi berkata, kabinet bayangan DAP tidak realistik, dan memberitahu parti itu ia tidak boleh sekadar melindungi kepentingan kelompok tertentu.
DAP sebelum ini memutuskan hubungan dengan Hadi, walaupun masih mengekalkan hubungan kerja dengan PAS. - TMI
Semenjak ketiadaan TGNA ni makin menjadi jadi biul nya....kemaruk nk jd MB terangganu hasil gabungan dgn BN...semasa dgn pakatan hampehh
ReplyDeleteYang sentiasa menyerang dan menghina selama ni ialah cina dap keparat ni, bukan Hadi. Dap jangan bersikap kurang ajar dan nelampau! Kami tudak pernah masuk campur dalam urusan parti kamu, dalam pemilihan pemimpin kamu yang dijalankan secara autokratik, kenapa kamu suka masukkan tangan2 kotor kamu dalam urusan parti kami?? Baru dapat perintah P Pinang dah tunjuk belang, bayangkan kalau kamu perintah negara! Menggerunkan. LKS and son, hope you will become more gila come muktamar pas next week when we shove out all your proxies and cronies from pas leadership.
ReplyDelete