11 May 2015

Kerajaan akan jelas penggunaan GST

Kerajaan akan menjelaskan penggunaan pendapatan tambahan diperoleh melalui cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pagi ini.

Dalam langkah memenangi keyakinan awam dalam amalan cukai yang dikritik ramai itu, Najib berkata, kerajaan akan bertindak ke atas mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab menaikkan harga barangan.


Kata Najib kerajaan juga akan telus dalam menguruskan pendapatan daripada GST itu.

"Kerajaan akan membentangkan butiran kepada orang ramai. Pendapatan tambahan itu akan digunakan untuk kepentingan rakyat dan negara," katanya dalam perhimpunan bulanan kakitangan awam di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

Kata Najib, itulah matlamat kerajaan ketika mengutip GST. - Mkini

Buat cepat Datuk Seri...

No comments:

Post a Comment