18 April 2015

Wanita dera bayi dicari polis

Kegilaan Apakah Ini

Kuala Lumpur: Rakaman video bayi didera yang tersebar meluas di laman sosial sejak malam tadi, mencetuskan kemarahan orang ramai dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan kepada pelakunya.

Rakaman video berdurasi 48 saat itu, memaparkan kelibat bayi tidak berbaju dan hanya memakai seluar panjang berwarna kekuningan masih meniarap menangis akibat dipukul seorang wanita yang tidak nampak kelibatnya.

Menerusi rakaman suara dalam video berkenaan wanita itu tanpa perikemanusiaan menampar muka dan badan bayi itu sambil mengeluarkan perkataan 'diam' dan 'mampuih' berkali-kali tanpa menghiraukan raungan bayi yang tidak berdosa itu.

Sehingga petang semalam, ribuan pengguna laman sosial Facebook mengutuk tindakan wanita itu menerusi beberapa komen selain meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan.

Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad berkata pihaknya belum dapat mengenal pasti kesahihan video berkenaan.

"Kita sudah mengarahkan semua kontijen negeri menyiasat penyebaran video yang menjadi viral itu.

"Tindakan akan diambil terhadap mereka yang terbabit selepas segala maklumat diperoleh," katanya ketika dihubungi. - Hmetro

No comments:

Post a Comment