30 December 2014

Suami isteri ditetak, disamun di lebuh raya

Sepasang suami isteri dicederakan sebelum disamun selepas kereta mereka terbabas di Km 246, Lebuhraya Utara-Selatan arah ke selatan dekat Seremban pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Muhamad Zaki Harun berkata pihak polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 5.59 pagi.


Beliau berkata seorang lelaki yang bersenjatakan parang dilapor menghampiri Chong Kar How, 24 dan isterinya, Wong Wei Yan, 24, lalu menetak kedua-dua mereka sebelum melarikan barangan berharga mereka.

"Mangsa lelaki terkoyak di bahagian kepala dan telinga kanan serta terdapat kesan tetakan di belakang kepala dan tapak tangan kiri mangsa. Manakala isterinya mengalami kesan tetakan di belakang kepala," katanya.

Kedua-duanya menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban.

Muhamad Zaki berkata suspek dilaporkan memandu kereta Proton Wira berwarna putih dengan bumper hadapan berwarna hitam.

- Bernama

No comments:

Post a Comment