30 December 2014

QZ8501: 40 mayat lagi dibawa keluar

JAKARTA - Sebanyak 40 mayat telah dikeluarkan dari laut dan dinaikkan ke sebuah kapal perang Indonesia, Bung Tomo, dipercayai penumpang pesawat AirAsia QZ8501, hari ini.


Portal berita Detiknews melaporkan, jurucakap tentera laut republik itu, Manahan Simorangkir berkata, jumlah mangsa yang dikeluarkan itu semakin meningkat.

"Berdasarkan kepada radio tentera laut, dilaporkan bahawa kapal perang Bung Tomo telah membawa keluar 40 mayat dan jumlah itu semakin meningkat.

“Mereka sangat sibuk sekarang,” kata Simorangkir. - SH
 

No comments:

Post a Comment