SHAH ALAM - Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohd Shamsudin Lias
meletakkan jawatan berkuatkuasa serta-merta hari ini susulan keengganan
beliau menerima jawatan Pengerusi Kira-kira Wang Awam (PAC) Selangor.
Adun Sungai Burong itu berkata, tindakan Dun Selangor meminda peraturan
tetap 68(1) yang mewajibkan Ketua Pembangkang menjadi Pengerusi PAC
yang diluluskan 4 Disember lalu menyebabkan beliau terikat dan tiada
pilihan.
"Jelas di sini, pindaan itu menjadikan saya sebagai pak turut dan boneka semata-mata.
"Ingin saya tegaskan, saya tidak akan sekali-kali melanggar prinsip integriti sebagai seorang wakil rakyat.
"Dalam hal ini, saya tiada pilihan melainkan mempertahankan
prinsip-prinsip yang menjadi asas integriti saya atau menerima tawaran
di mana kuasa hanya pada nama tetapi tangan terikat rapi dan terpaksa
tunduk dengan tekanan apabila menjadi Pengerusi PAC kelak," katanya
ketika sidang media, di sini, hari ini.
Beliau turut memulangkan kereta rasmi kerana pemberian itu didakwa
sebagai umpan dan "political mileage" kepada Menteri Besar Selangor,
Mohamed Azmin Ali yang menunjuk-nunjuk sedangkan pemberian tersebut
diluluskan ketika pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Sementara itu, pengganti bagi kekosongan jawatan itu akan diputuskan oleh Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar kemudian. - SH
Admin : Sepatutnya terima dahulu jawatan itu dan berhenti jika benar terbukti wujud tekanan PR. Apa yang berlaku sekarang adalah lebih kepada prasangka yang tidak baik.
No comments:
Post a Comment