31 August 2014

Polis: Serah diri sebelum kami serbu rumah

Selepas lebih 200 orang ditahan hari ini, polis menggesa anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) selebihnya menyerah diri selepas pasukan itu diisytihar tidak sah baru-baru ini.

“Eloklah mereka yang bertanggungjawab ke atas PPS ini segera menyerah diri sebelum kami serbu kediaman,” tulis Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Twitter hari ini.

Polis pagi ini menahan kira-kira 250 anggota PPS Pulau Pinang selepas menghadiri perarakan hari merdeka di Esplanade di Pulau Pinang.

Khalid pada 26 Ogos berkata PPS tidak berdaftar bawah Akta Pertubuhan 1966 dan oleh itu dianggap pertubuhan yang menyalahi undang-undang.


Justeru, setelah dimaklumkan Pendaftar Pertubuhan (ROS), polis akan menyiasat aktiviti bawah kerajaan negeri itu dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang.

PPS menjelaskan, ia tidak berdaftar dengan ROS kerana ia bukan pertubuhan, tapi agensi kerajaan negeri negeri.

PPS mencetuskan kontroversi selepas ahli perniagaan Ong Eu Soon, 51, mendakwa diserang dua lelaki yang berpakaian seragam unit itu di Air Itam minggu lalu. - Mkini

1 comment:

  1. ini sudah jadi arahan kuku besi yang nak suruh orang yang tak bersalah dan tak tahu hujung pangkal kesalahan mereka serah diri ini kenapa awat teruk sangat ka jenayah yang mereka lakukan atau hanya kerana yang buat lapuran polis itu maknusia berjenis UMNO yang dihati mereka pekat dengan perkauman atau kerana yang perentah tadbir negeri adalah dari DAP yang kononnya pekat kaum cina, kita mesti ingat cina yang memerentah itu pun adalah dari rakyat Malaysia sendiri bukannya cina dari taiwan atau kowloon sana jadi kenapa kita mesti jadi dwi standard ,polis jangan terlalu ikut telunjuk UMNO sangat sebab dari kerajaan UMNO juga yang asyik menyeru agar rakyat malaysia bersatu dan harmaoni antara kaum bagaimana mungkin jika disudut yang lain kita asyik menekan kaum lain yang tidak sehaluan dengan kita , dalam islam kita disuruh berbaik sangka dengan yang buka islam agar mereka memandang dan menghormati agama yang kurang arif kefahamannya.Fikirlah wahai KPN sebelum bertindak jang ikut emosi dan telunjuk yang akan membawa permusuhan sesama sendiri.

    ReplyDelete