26 August 2014

PKR adakan sidang tergempar bincang titah Sultan

SHAH ALAM - PKR hari ini mengadakan sidang tergempar bagi membincangkan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu Pakatan Rakyat mencadangkan lebih dua nama sebagai calon jawatan itu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail ketika dihubungi oleh Sinar Harian Online sebentar tadi memaklumkan perkara tersebut.

“Kita tengah bersidang. Kita akan respon kenyataan itu, selepas perbincangan ini,” katanya.

Dalam pada itu cubaan Sinar Harian Online untuk mendapatkan respon daripada Pas dan DAP tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak berjawab.


Petang tadi menyaksikan  Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyembah maklum untuk meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor.

Namun Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan penerimaan peletakan jawatan oleh Abdul Khalid sementara pelantikan menteri besar yang baharu ditetapkan.

PKR yang pada awalnya dijadual mengadakan sidang media jam 8.30 malam ini bersabit perkembangan terbaru ini tiba-tiba membatalkannya setengah jam kemudian. - SH

3 comments:

  1. Kenapa tak buat demo macam di Trengganu dulu bila Idris Jusoh tak diperkenan oleh Sultan?? Kalau lihat lagak sebelum ini bukan main hebat lagi hinggakan cadangan Pas dianggap remeh dan tidak bijak. Now who has the last laugh?

    ReplyDelete
  2. Look stupid pkr dlm handle isu ni...hbs semua nk sondol..jolok masuk anak tekak rakan2 pakatan. But then pas bersyukur...keluar anuwaris2 dlm parti mereka.

    ReplyDelete
  3. Salam...

    PR maih lg menjunjung dan mghormati institusi beraja. Umno jer yg kurang sopan nga sultan (rujuk kes di Ganu n Perlis), tp sbb UBN mguasai media, kes diaore lwn sultan X diperbesarkan.
    cuba igt, pd thn 90an, puak mane yg ingin tabalkan sultan baru di kelate??!!? pd thn 90an juga, perang terbuka antara Tun M nga sultan2. hari2 ditayangkan cerita2 klasik ttg kezaliman raja2..cthnya Sultan Mahmud mgkt dijulang.

    untuk isu di S'gor, Pkr X perlu keras kepala nakkan Dswa jg. calon je name lain. ramai lg calon yg lbh sesuai. Lihat, Pas tlh mghidu yg Sultan kure berkene nga Dswa.sbb tu Pas calon dswa n Azmin. begitu lmh Pkr, x kan x dpt baca isyarat drp istana. cpt buat kptsn...ata 2,3 name u istana buat pemilahan. Hrp isu ini diselesai nga cpt & terus bekerja u rakyat. rugi duk layan isu ini lama2. rakyat kt bwh duk dale kesusahan. mereka perlu pembelaan. Lps ni BO lah duk bertelagah. teruskan khidmat terbaik u rakyat. Pastikan pru 14, Ubn dinyahkan dr tampuk pemerintahan negara..!!

    ReplyDelete