13 August 2014

Exco PKR, DAP yang dipecat masuk pejabat seperti biasa

Enam exco Selangor DAP dan PKR yang dipecat Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim petang semalam masih meneruskan tugas seperti biasa pagi ini. Exco Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin V Ganabatirau dilihat tiba di perkarangan Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) kira-kira jam 9 pagi tadi.

Ini diikuti Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Datuk Teng Chang Khim yang tiba 15 minit kemudian. Mereka yang masih menaiki kenderaan rasmi exco kelihatan tersenyum sebaik disapa wartawan dan berkata akan menjalankan tugas pejabat seperti biasa. Manakala, Khalid pula tiba di bangunan SUK kira-kira jam 9.15 pagi dan akan mengadakan sidang media pada 2 petang ini selepas mempengerusikan mesyuarat exco. – TMI

1 comment:

  1. Tahniah kpd EXCO yg kena pecat.... Mmg muka tak tau malu ... WAkakakaka....

    ReplyDelete