18 July 2014

Juruterbang terkejut MH17 tempuhi zon konflik

Seorang juruterbang memberitahu The Telegraph, beliau terkejut kerana MH17 masih menggunakan laluan di ruang udara Ukraine memandangkan sebuah pesawat pengangkutan negara itu telah ditembak jatuh awal minggu ini.


"Penerbangan sudah dilencongkan keluar dari Crimea,” kata Danny Fyne.

"Saya mendapati, ganjil bagi pesawat melalui kawasan ini.”

Laporan The Telegraph menyebut, warga Ukraine di London akan mengadakan bantahan di kedutaan Rusia atas tragedi MH17.

Para penunjuk perasaan itu akan meletakkan bunga di luar kedutaan Malaysia dan Belanda sebelum demonstrasi tersebut.

The Telegraph juga melaporkan bahawa penumpang Belanda, Kor Pan, mengambil gambar MH17 dari lounge berlepas di lapangan terbang Amsterdam.

Beliau menulis kapsyen pada imej itu: "Jika ia hilang, beginilah rupanya". - Mkini

No comments:

Post a Comment