14 June 2014

Tentera Iraq siap sedia lancar serangan balas terhadap militan

POLIS Iraq mengawal stesen kereta api di Baghdad hari ini ketika pasukan keselamatan menyatakan kesediaan melancarkan serangan balas terhadap militan di Samarra. - Foto AFP
BAGHDAD: Pasukan keselamatan Iraq bersedia untuk melancarkan serangan terhadap militan di utara Baghdad berikutan ‘kuasa tidak terhad’ yang diberikan kabinet kepada perdana menterinya.



Pegawai tinggi tentera di Samarra, kira-kira 70 kilometer dari Baghdad mengesahkan bahawa bantuan polis persekutuan dan tentera tiba Jumaat lalu.

Bantuan keselamatan itu adalah untuk kawasan di utara termasuk Dur dan Tikrit yang ditawan militan minggu ini. Pegawai berkenaan menyatakan pihak tentera sedang menunggu arahan untuk melancarkan serangan.

Perdana Menteri, Nuri al-Maliki juga berada di Samarra untuk mesyuarat keselamatan semalam.

Beliau menggesa semua rakyat Iraq supaya menentang pencerobohan itu. - AFP 

No comments:

Post a Comment