26 June 2014

Raja Muda Perlis kayuh basikal cari orang miskin



Semalam sekali lagi saya sertai DYTM Raja Muda Perlis mengayuh basikal mencari mereka yang layak menerima zakat.

Dalam tahun ini sahaja DYTM Raja Perlis telah mengepalai misi mencari asnaf zakat dengan berbasikal hampir 50 kali.

Setiap kali misi tersebut baginda akan menyampai sekurang-kurangnya untuk 5 keluarga yang layak.

Melalui becak, lorong sempit, bau yang tidak menyenangkan, tempat yang usang dan uzur memberikan kesedaran kepada para peserta misi ini.

Saya mencadangkan badan-badan perniagaan, kebajikan dan persatuan bukan kerajaan menyertai DYTM Raja Muda Perlis yang menjalankan misi ini hampir setiap minggu bahkan kadang-kala 2 kali seminggu.

Ia satu usaha yang amat baik dan terpuji. - DR.MAZA

3 comments:

  1. Paling hebat Sultan Johor. Kembara mahkota bertemu org2 diceruk kampung bukan mencari org kampung yg miskin daif bermula dgn motor kuasa tinggi dan skrg mengunakan bas mewah yg harganya mungkin lebih mahal 10 biji rumah kos rendah di Johor. Sultak dgn keluarga pergi menziarah dan bermalam dirumah salah seorg penduduk kampung yg dipilih. Sultan dan kuarga hanya tinggal semlm tetapi rumah penduduk kampung yg sultan akan bermlm akan diganti perabut dan dibaiki rumah tersebut atas belanja kerajaan. Klau camtu baik tak payahlah sultan nak ziarah2. Setiap kali ziara berjuta duit rakyat dihabiskan.

    ReplyDelete
  2. bantulah yang mana layak dibantu lepas tu bila balik ke rumah rasalah insaf akan selama ni banyak lalai dengan kehidupan yang sat saja kat dunya yang akan dihancurkan oleh Allah.

    ReplyDelete
  3. Hebat juga Sultan Kelantan...mengajak rakyat jelata menunaikan solat terawih di istana, menjadi imam solat berjemaah dan baginda sendiri masuk dalam lubang kubor utk mengebumikan jenazah...

    ReplyDelete