15 June 2014

Iran sanggup bekerjasama dengan AS

TEHERAN - Iran mungkin menimbangkan untuk menjalin kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) bagi menentang anggota-anggota Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syam, kata Presiden negara itu, Hassan Rohani kepada pemberita semalam.

Beliau menyatakan demikian ketika menjawab soalan sama ada kepentingan bersama akan menyebabkan AS dan Iran menjalin kerjasama.
Sebelum ini AS dan Iran merupakan musuh tradisi yang tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik sejak lebih tiga dekad lalu.


"Jika kami melihat AS mengambil tindakan menentang kumpulan pengganas di Iraq, kita mungkin akan berfikir mengenai perkara itu," kata Rohani.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar yang diadakan sempena setahun beliau menjadi Presiden.
Kelmarin, Presiden AS, Barack Obama menyatakan, Washington menimbangkan beberapa opsyen berhubung isu Iraq.

"Kami tidak akan menghantar semula askar-askar AS untuk bertempur di Iraq. Namun, saya meminta pasukan keselamatan kami untuk menyediakan opsyen lain yang dapat membantu pasukan keselamatan Iraq," kata Obama. - Agensi

No comments:

Post a Comment