BRATISLAVA - Tumor seberat enam kilogram (kg) yang terdapat pada
leher seorang lelaki, Stefan Zoleik berjaya dibuang menerusi satu
pembedahan di sebuah hospital baru-baru ini.
Menurut agensi berita Reuters, Zoleik menghidap penyakit yang dikenali sebagai Madelung itu sejak 10 tahun lalu.
"Ia (menghidap tumor itu) memang tidak menyenangkan. Tumor tersebut
menyebabkan kehidupan saya terganggu setiap kali saya memusingkan
kepala," katanya
Pembedahan untuk membuang tumor itu dilakukan di sebuah hospital dengan melibatkan masa selama lima jam.
Menurut Zoleik, wajahnya kini jauh lebih tampan sebelum tumor tersebut dibuang.
Dia menganggap pembedahan itu sebagai mengagumkan. - Agensi
No comments:
Post a Comment