SHAH ALAM - Persoalan sama ada BN mampu mengekalkan kuasa di Terengganu
menimbulkan persoalan apabila memiliki 14 kerusi Dun berbanding 17
sebelum ini selepas tiga Adunnya mengumumkan keluar dari parti awal hari
ini.
Pengumuman itu sekaligus, menjadikan kedudukan PR mendahului di negeri itu dengan 15 kerusi Dun.
Konflik timbul berikutan tindakan bekas Menteri Besarnya, Datuk Seri
Ahmad Said dan Adun Ajil, Ghazali Taib keluar dari Umno dan menjadi
wakil rakyat bebas.
Kemudian Adun Bukit Besi, Roslee Daud mengesahkan beliau turut keluar dari Umno dan menjadi wakil rakyat bebas.
Mengenai keputusan keluar Umno dan menjadi wakil rakyat bebas, Ahmad
dilaporkan berkata, beliau telah memohon kepada Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak supaya menangguhkan pertukarannya selepas majlis
perkahwinan anaknya pada 17 Mei ini.
"Saya sudah lama bekerja dengan Umno. Saya sudah beritahu PM bahawa
anak saya kenduri saya kahwin pada 17 Mei dan tukar selesai selesai
kenduri.
"PM kata itu soal peribadi. Jadi saya beritahu, kalau saya keluar
(parti), jangan salahkan saya," katanya seperti dilaporkan sebuah portal
web.
Sementara itu, menurut sumber, ekoran konflik yang melanda negeri Darul
Iman ini, Pas Terengganu turut dilaporkan akan mengadakan satu
mesyuarat khas pagi ini. -SH
No comments:
Post a Comment