KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan
pihak polis sudah mempunyai petunjuk kehilangan MH370 namun beliau tidak
dapat mendedahkan petunjuk yang dinyatakan kerana bimbang ianya akan
menjejaskan siasatan.
Menurutnya, seluruh penyiasatan sedang berjalan dan setakat ini pihaknya masih belum dapat menyimpulkan apa-apa persoalan.
"Pihak polis tidak mempunyai pengalaman untuk menangani kes seperti ini
sebelumnya, kami masih menyiasat punca kehilangan pesawat tersebut,"
katanya.
Jelasnya lagi, petunjuk yang diperoleh pihaknya mungkin akan membawa kepada penyelesaian kes ini.
"Kami meneliti petunjuk baru itu bersama laporan yang disediakan
berdasarkan empat aspek utama siasatan iaitu, aspek rampasan, aspek
sabotaj, aspek psikologi dan aspek latar belakang kru dan penumpang
pesawat," katanya menerusi satu kenyataan yang dilaporkan oleh The Sun
Daily. - SH
No comments:
Post a Comment