WASHINGTON - Seorang penulis berasal dari Amerika Syarikat (AS) yang
juga penyiar radio tempatan, Dr Kevin Barrett mempercayai bahawa Agensi
Perisikan Pusat (CIA) AS mengetahui perihal sebenar apa yang terjadi
kepada pesawat MH370.
Dr Kevin, pemegang Doktor Falsafah Arab-Islamoligi dan pengkritik
Perang dan Keganasan terkenal Amerika menyatakan pendapat itu menerusi
saluran Press TV, semalam.
“Kehilangan pesawat itu tidak masuk akal. Ia tidak mungkin hilang begitu saja,” katanya.
Menurutnya, beberapa individu di pangkalan CIA di Alice Springs, Australia tahu mengenai perihal sebenar mengenai pesawat itu.
“Maka itu kerajaan Malaysia meminta mereka untuk membantu, namun
sehingga kini Malaysia tidak mendapat sebarang respons,” katanya.
Beliau juga bertegas bahawa terdapat individu yang menutup perkara sebenar dalam kejadian ini.
“Sesuatu tidak logik apabila timbul maklumat mengenai pesawat terbabit
mengubah haluan, terbang ke arah yang salah dengan beberapa penduduk
terlihat ianya terbang rendah di sekitar Kepulauan Maldives lalu menuju
ke Diego Garcia dan hilang begitu sahaja.
“Perkara ini sangat aneh dan tidak masuk akal,” katanya menurut laporan Mirror. - SH
Dikalangan agency perisikan antara bangsa yg hebat-hebat Malaysia ni macam bidak aje atas papan catur mereka.Cuma kerajaan UMNO/BN ni tak faham,tak reti dan berlagak macam orang pandai wal hal satu habuk pun tak ada.Oleh itu senang kena kelentong dan kena tipu.Lihat berapa kali IGP buat kenyataan pasal manggis.Kalau tak ada yg nak dicakapkan lebih baik diam,cerita meanggis sama macam cerita tropong buluh dan tikar mengkuang bomoh.
ReplyDeleteCIA/Amerika memang selalu turut campur urusan negara lain.
ReplyDelete