23 March 2014

SPR tegur provokasi, bawa kangkung


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyeru semua pihak tidak membuat provokasi bagi memastikan kelancaran proses pengundian bagi pilihan raya kecil Kajang hari ini.

Pengerusinya Tan Sri uga sekali gus menegur tindakan penyokong yang dikesan membawa kangkung, dipercayai bagi menyindir kenyataan perdana menteri berhubung kenaikan harga barang sebelum ini.

“Sayur kangkung patut dibawa tempat berniaga, bukan sini. Pemimpin parti patut nasihat mereka agar jangan buat begitu.

“Kalau nak beri sokongan terakhir pada calon, buat cara berhemah dan sopan santun. Ini bawa kangkung sampai dah layu. Bazir kan?” soal Aziz.

Seorang lelaki 64 yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad pagi ini menarik perhatian apabila mengandar kangkung di kawasan penyokong Pakatan di Sungai Chua.

Warga emas daripada Pahang itu menjelaskan melakukannya sebagai membantah kenaikan harga barangan asas seperti gula.

Tak perlu 'pemantau haram'

Sementara itu, Aziz juga menyeru orang ramai tidak terlalu emosional, tidak berkelahi dan mengelakkan aktiviti keganasan.

“Ini pilihan raya kecil, apa perlu sehingga kelahi. Harap tak ada yang baling-baling hingga ada yang cedera,” katanya lagi.

Beliau juga berharap tidak ada “pemantau haram” yang mengganggu pengundi hanya semata-mata mempunyai rupa seperti warga asing.

“Saya tak mahu pengundi diganggu, kalau nampak rupa macam Pakistan ditahan dan minta IC (kad pengenalan). Harap tiada begitu. Pengundi yang bawa IC untuk mengundi, itu hak mereka,” katanya. - Mkini

No comments:

Post a Comment