29 March 2014

Rakyat Malaysia, tiga yang lain terperangkap dalam serangan di Kabul


Seorang warga Malaysia, dan tiga lagi warga asing terperangkap dalam rumah tetamu di Kabul, Afghanistan selepas sekumpulan anggota Taliban menyerang rumah tersebut, kata polis.
Saksi Reuters di lokasi berkenaan berkata, beliau melihat 20 individu bukan Afghanistan dilihat dikeluarkan dari rumah tersebut dengan keadaan pucat dan ketakutan.

Pertempuran berlaku selepas pengebom berani mati meletupkan dirinya di luar bangunan dan tembakan berterusan selama sejam selepas letupan.
Kumpulan bantuan Root for Peace dari Amerika Syarikat (AS) berkata empat individu terperangkap dalam rumah tersebut yang masih lagi diserang Taliban.

"Saya boleh sahkan rumah itu diserang dan ada empat orang di dalamnya," kata Hajji Mohammad Sharif Osmani. "Yang lain berada di luar," katanya dalam satu panggilan telefon kepada Reuters.
Osmani berkata kebanyakan anggota pertubuhan itu berjaua diselamatkan dan tiada yang dipercayai terkorban.
"Pengebom berani mati meletupkan keretanya yang dipenuhi bahan letupan di hadapan pintu rumah berkenaan yang digunakan rakyat Afghanistan dan warga asing dan kini terdapat beberapa pengebom di dalamnya," kata Hashmat Stanikzai, jurucakap polis Afghanistan.

Ketegangan di Kabul bermula ketika pilihan raya presiden bakal berlangsung minggu hadapan, dengan Taliban berikrar akan mencetuskan kekecohan.
"Pertempuran masih berlaku. Tiada laporan kematian," kata Hashmat.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Jeneral Ayoub Salangi berkata sekurang-kurangnya seorang warga Australia diselamatkan, namun mereka yang lain masih belum diketahui kerakyatan masing-masing.

Taliban segera mengakui bertanggungjawab terhadap serangan tersebut.
Pilihan Raya Presiden di negara dihuni 30 juta penduduk itu akan dilakukan pada 5 April bagi menentukan pengganti Presiden Hamid Karzai.
Minggu lalu, sembilan terkorban termasuk seorang wartawan AFP dan pemerhati pilihan raya apabila sebuah hotel diletupkan. – 28 Mac, 2014.

No comments:

Post a Comment