08 March 2014

Putrajaya: Laporan bangkai pesawat MAS ditemui, belum disahkan


Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kini dalam usaha mengesahkan dengan Tentera Laut Vietnam laporan berita bahawa bangkai pesawat penerbangan MH370 Malaysia Airlines telah dikesan di luar pantai sebuah pulau Vietnam.

Menteri Pertahanan yang juga pemangku Menteri Pengangkutan,
Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata TLDM telah diarahkan berbuat demikian walaupun Kementerian Luar dan Jabatan Penerbangan Awam menafikan laporan tersebut.

"Mengenai laporan bangkai itu ditemui di luar sebuah pulau di sebelah selatan Vietnam, DCA dan pejabat luar negeri kita berkata ia tidak benar.

"Tetapi memandangkan laporan (berita) itu memetik Tentera Laut Vietnam, (Tentera Laut Diraja Malaysia) sedang mendapatkan pengesahan mengenainya," kata Hishammuddin kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa KL petang ini.

Beliau berkata hasil pengesahan itu akan dimaklumkan dalam tempoh dua jam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman menjelaskan bahawa Kawalan Trafik Udara Subang terputus hubungan radar dengan pesawat Boeing 777-200 pada jam 1.30 pagi dan bukan jam  2.40 seperti yang dinyatakan oleh MAS sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya juga menjelaskan bahawa terdapat lima warga India dan tujuh warga Indonesia dalam penerbangan, dan tidak 12 warga Indonesia seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Pesawat MH370 berlepas dari KLIA pada ja 12.40 pagi ini dan dijadualkan mendarat di Beijing pada jam 6.30 pagi.

Di atas kapal 239 penumpang dan anak kapal, termasuk 152 warga China ditambah dengan bayi, 38 rakyat Malaysia, tujuh warga Indonesia, tujuh Australia, lima warga India, tiga warga Perancis, tiga orang Amerika ditambah dengan bayi, dua Kanada, dua warga New Zealand, dua Ukraine, Rusia, Itali, Taiwan, seorang rakyat Belanda dan Austria.

Azharuddin berkata hubungan terakhir dengan pesawat itu ialah apabila pesawat itu yang berusia 11 tahun dan 10 bulan, berada kira-kira 120 batu nautika dari Kota Bharu.

Pesawat itu membawa 239 penumpang dan anak kapal, termasuk 152 warga China dengan seorang bayi, 38 rakyat Malaysia, tujuh warga Indonesia, tujuh warga Australia, lima warga India, tiga warga Perancis, tiga warga Amerika dengan seoerang bayi, dua warga Kanada, dua warga New Zealand, dua warga Ukraine, seorag warga Rusia, seorang warga Itali, seorang warga Taiwan, seorang rakyat Belanda dan seorang warga Austria.

Juruterbang Zahari Ahmad Shah, 53, adalah  warganegara Malaysia dan mempunyai 18,365 jam penerbangan. Beliau menyertai MAS pada tahun 1981.

Pegawai pertama Farid Abdul Hamid, 27, menyertai MAS pada tahun 2007 dan mempunyai 2,763 jam terbang. - Mkini

No comments:

Post a Comment