15 March 2014

Pelatih, warden ditahan polis


TUMPAT - Seramai 11 pelatih pusat pemulihan dadah di Wakaf Bharu, di sini dan seorang warden berusia 43 tahun dicekup polis selepas dipercayai terlibat dalam kes bunuh seorang pelatih remaja di pusat itu awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip, dalam kejadian pukul 2.30 pagi mangsa, kesemua suspek berusia 16 hingga 43 tahun difahamkan telah memukul mangsa, Muhammad Aiman Syahmi Hamdan, 18, dengan batang penyapu dan paip getah di tempat kejadian.

"Akibat kejadian itu, mangsa mengalami cedera parah di seluruh badan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tumpat di sini untuk mendapat rawatan segera. - Kosmo

SUSPEK-SUSPEK (berbaju oren) dipercayai terlibat kes bunuh seorang pelatih pusat pemulihan dadah di Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan dibawa ke Mahkamah Majistret, Kota Bharu semalam untuk mendapat perintah reman.

No comments:

Post a Comment