09 March 2014

Pasukan pencari Singapura kesan objek mencurigakan 100km dari pulau Tho Chu


Pasukan pencari Singapura mengesan objek mencurigakan terapung 100 kilometer selatan-barat daya pulau Tho Chu di Vietnam sewaktu unit mencari dan menyelamat negara itu dalam usaha mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Wall Street Journal memetik koordinator berpengkalan di Vietnam sebagai berkata tentera Vietnam menghantar tiga kapal ke tempat kejadian dan kapal pertama dijangka tiba 7 petang waktu tempatan.
Pesawat Boeing 777-200ER milik MAS hilang bersama 239 penumpang termasuk 12 anak kapal pada awal pagi Sabtu ketika dalam perjalanan ke Beijing.

Tentera Vietnam terdahulu melaporkan dua tumpahan minyak berhampiran pulau sementara Agensi Penguakuasaan Maritim Malaysia (APMM) turut menjumpai tumpahan minyak 20 batu nautika daripada kawasan pesawat dilaporkan hilang.

Penumpang warga China yang ketika itu melintasi kawasan berkenaan turut mengambil beberapa keping gambar yang dipercayai serpihan berhampiran pesawat MH370 terputus hubungan dengan menara kawalan.
Akhbar perniagaan itu turut melaporkan sepasukan penyiasat kemalangan udara Amerika Syarikat yang diketuai pakar Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional dalam perjalanan ke Asia bagi membantu pesawat malang berkenaan.

Tentera Laut China melaporkan mereka menghantar dua kapal perang bagi membantu kerja mencari. Beijing sebelum ini menghantar satu kapal penyelamat dan dua kapal mencari dan menyelamat ke kawasan tersebut, menurut laporan media. – 9 Mac, 2014.

No comments:

Post a Comment