Home | Malaysiakini | Sinar Harian | Astro Awani | BHarian | Kosmo | Malaysia Gazette | HMetro | Mstar | Bernama | Majoriti | Gempak | Bebas News | Carigold | Blogger |
19 March 2014
MH370: Tentera Thailand dedah kesan pesawat dalam radar
KUALA LUMPUR: Tentera Thailand memaklumkan radarnya mengesan sebuah pesawat yang dipercayai pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang beberapa minit selepas komunikasi pesawat itu terputus.
Namun memaklumkan maklumat itu tidak didedahkan sejak awal, kerana tiada permohonan rasmi dari Malaysia.
Menurut Ketua Tentera Udara Thailand, Prajin Juntong, radar tentera mengesan pesawat tersebut di Selat Melaka.
Maklumat itu adalah sama dengan yang dikesan radar Malaysia.
Data juga menunjukkan pesawat berpatah balik dan dikesan di utara Kuala Lumpur sebelum menuju ke Butterworth dan kemudian hilang.
Namun jurucakap Tentera Udara Montol Suchookorn memaklumkan, pihak tentera masih belum pasti adakah pesawat yang dikesan adalah pesawat yang sama.
Montol juga memaklumkan Thailand tidak pasti maklumat itu berguna sehingga menerima permohonan rasmi daripada Malaysia.- Astro
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment