12 March 2014

MH370: Kerajaan wajar tapis jawapan


MAKA ramai pihak antarabangsa yang terdiri dari pelbagai kepakaran cuba mempertikaikan cara Malaysia mengendalikan kes MH370.

Mereka menyatakan berlaku percanggahan maklumat, menyembunyikan fakta, jawapan yang tidak matang dan pelbagai lagi.

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara saya amat merayu kepada kepimpinan negara yang terbabit mengendalikan kes ini, juga pegawai-pegawai yang bertugas menjawab persoalan kes ini agar elakkan memberi jawapan-jawapan di peringkat antarabangsa yang boleh menggambarkan imej kelemahan urus tadbir kita.

Moga ALLAH membantu kita semua.

Kita sayang negara kita.

Maruah Malaysia, maruah semua rakyatnya.



Dipetik dari Facebook Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Bekas Mufti Perlis

No comments:

Post a Comment