12 March 2014

Lebih ramai pakar dibawa ke Malaysia bantu cari MH370, kata Hishammuddin


Pada ketika kritikan antarabangsa semakin bertambah terhadap cara Malaysia mengendalikan krisis kehilangan pesawat, Putrajaya hari ini berkata, mereka membawa lebih ramai pakar ke dalam negara untuk membawa dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines MH370.

“Kita membawa pakar untuk menganalisis data terkumpul oleh tentera dan penyiasat awam dari barat dan timur, termasuk NTSB AS,” kata pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, merujuk kepada Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat.

Beliau berkata, pencarian pesawat yang hilang itu kini tertumpu di Selat Melaka dan Laut China Selatan, meliputi kawasan seluas 27,000 batu nautika persegi.

Pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur petang tadi, beliau berkata 39 pesawat dan 42 kapal dari 12 negara berada di kawasan berkenaan dalam operasi mencari yang masuk hari kelima hari ini.

Hishammuddin menekankan bahawa kerajaan konsisten dalam setiap kenyataan yang diberikan.
Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berkata kawasan mencari akan diperluas dan itu apa yang mereka lakukan sekarang. – 12 Mac, 2014.

No comments:

Post a Comment