19 March 2014

Keluarga warga China berang, masuk bilik taklimat


Suasana kecoh berlaku di auditorium yang digunakan oleh pihak berkuasa untuk mengadakan taklimat harian untuk media mengenai MH370 selepas sekumpulan warga China masuk beramai-ramai untuk bercakap dengan pemberita.
 
Kumpulan itu, yang berjumlah kira-kira sedozen orang, berkata mereka adalah saudara mara penumpuang pesawat tersebut dan mahu meluahka kesedihan dan kemarahan mereka kerana selepas dibawa ke Malaysia, tetapi mereka hanya mendapat sedikit maklumat mengenai kemajuan usaha mencari pesawat yang hilang itu.

Sekumpulan anggota polis muncul kemudian untuk membawa mereka pergi dari situ sebelum mereka sempat bercakap dengan pihak media.

Turut berlaku suasana tolak menolak dan kedengaran bunyi menjerit semasa kejadian itu berlaku.

"Saya sudah berada di sini selama empat hari! Sila bantu saya mendapatkan kembali anak saya!" kata seorang wanita warga emas sambil menangis, dalam bahasa Mandarin.

"Dari Laut China Selatan dan kini di tempat lain. Kami tidak tahu di mana pesawat itu telah pergi... Tidak ada maklumat langsung," kata yang lainnya.

Pada masa itu, para pemberita sudahpun berada dalam auditorium seperti biasa, untuk mendapat tempat kira-kira sejam jam sebelum taklimat akhbar, yang biasanya diadakan pada pukul 5.30 petang . Mkini

No comments:

Post a Comment