13 March 2014

Kawasan pencarian MH307 diperluaskan ke pantai barat, kata Hishammuddin


Malaysia hari ini mengambil keputusan untuk meluaskan kawasan pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 ke pantai barat Semenanjung Malaysia dengan usaha tersebut turut digerakkan oleh dua agensi Amerika Syarikat, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Hishammuddin berkata, pihak Pentadbiran Penerbangan Persekutuan dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan berkata terdapat bukti kukuh untuk membuat pencarian di kawasan berkenaan selepas mengkaji data penerbangan.

“Banyak yang dilakukan untuk meluaskan kawasan pencarian. Tiada rujukan untuk keadaan pesawat hilang seperti ini,” katanya pada satu sidang media di Hotel Sama-Sama, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebentar tadi.

Hishammuddin berkata tidak benar dakwaan yang mengatakan pihak berkuasa mengurangkan usaha kerja mencari dan menyelamat.
“Kami meluaskan kawasan mencari dan menyelamat.” – 13 Mac, 2014.

No comments:

Post a Comment