07 March 2014

Anwar mungkin tak dapat bertanding di Kajang


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan dapat bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Kajang pada 23 Mac ini kerana sabitannya dalam kes liwat II hari ini, membatalkan kelayakannya untuk menjadi calon.

Naib Presiden PKR, N Surendran berkata memandangkan Anwar telah disabitkan, maka soal "kehilangan kelayakan tidak dapat dielakkan".

Ketika Anwar menanti mitigasi bagi hukuman terhadapnya, yang akan diumumkan Mahkamah Rayuan lewat hari ini, Surendran berkata bahagian penting sekarang ialah kemungkinan "penangguhan pelaksanaan hukuman".

Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa seseorang individu yang disabitkan, tidak berkelayakan untuk menjadi calon jika sabitan itu termasuk hukuman penjara lebih setahun, atau denda lebih RM2,000.

Ini juga dinyatakan dalam buku panduan Suruhanjaya Pilihan Raya bagi calon pilihan raya. - Mkini

No comments:

Post a Comment