Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel) menjangkakan calon
PKR dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk
Seri Anwar Ibrahim mampu memperolehi majoriti yang lebih besar
berbanding PRU13 lalu.
Pengarah Umcedel, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, berkata isu
dalaman yang berlaku dalam PKR tidak akan mempengaruhi undi kepada ketua
umum PKR itu.
Katanya, kehadiran pemimpin itu sebagai calon di DUN Kajang adalah penyelesaian kemelut isu terbabit.
“Isu krisis dalaman parti itu tidak memberi kesan kepada pengundi di
Kajang, malah beliau akan menang dengan majoriti yang besar.
“Mengikut kajian sejak 1999, pilihan raya adalah perkara yang ditunggu
rakyat, tidak ada soal tidak suka atau sebaliknya,” katanya seperti
dilaporkan oleh Selangorkini.
Anwar diumumkan menjadi calon DUN Kajang oleh Menteri Besar, Tan Sri
Abdul Khalid Ibrahim selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang,
Lim Chin Cheh meletak jawatan.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 Mei tahun lalu, PKR menang kerusi
itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan
BN, Berjasa dan tiga calon bebas.
Peletakan jawatan Lee Chin Cheh menimbulkan kegelisahan di kalangan
penyokong Pakatan namun selepas penjelasan diberikan, sokongan kepada
Anwar semakin padu.
Redzuan bersetuju masalah dalaman PKR perlu diselesaikan dengana
segera, sebaiknya sebelum PRU ke-14 menjelang. – 3 Februari, 2014. - TMI
No comments:
Post a Comment