16 February 2014

SPR tidak seharusnya dilihat ‘memaksa’ dan ‘membeli’ rakyat, kata Saifuddin Abdullah

Pemimpin Barisan Nasional (BN) Datuk Saifuddin Abdullah, menyertai tuntutan reformasi pilihan raya dengan menegaskan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu melakukan proses persempadanan semula kawasan pilihan raya yang baru dengan lebih terbuka serta melibatkan penelitian dan penyertaan orang ramai.
Katanya, badan penggendali pilihan raya itu seharusnya berhenti mengikut cara lama iaitu melakukan segala perkara secara tertutup dan bersedia untuk menerima perubahan dan menyesuaikan realiti baru rakyat Malaysia yang mahu melihat secara terus bagaimana badan itu melukis peta persempadanan semula.
"SPR harus menggunapakai sepenuhnya prinsip kerajaan adalah daripada rakyat dan untuk rakyat.

"Ia tidak seharusnya daripada rakyat, memaksa rakyat dan membeli rakyat," kata Saifuddin pada satu forum reformasi pilihan raya di Petaling Jaya, pagi ini. - 16 Februari, 2014. - TMI

No comments:

Post a Comment