23 February 2014

SPR jamin PRK Kajang bersih pengundi hantu


SHAH ALAM - Susulan tersebarnya gambar pendatang asing di kawasan Kajang baru-baru ini yang sering dikaitkan dengan pengundi hantu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan  100 peratus PRK Dun Kajang, 23 Mac ini akan bersih daripada perkara itu.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, penyebaran gambar dan kewujudan pusat perlindungan pendatang asing tidak boleh dikaitkan dengan pengundi hantu pada PRK Dun Kajang.

Menurutnya, pendatang asing berada di mana-mana sahaja di seluruh negara yang datang sebagai sumber tenaga buruh.

"Kita tak bolehlah kata jika nampak gambar sekumpulan pekerja asing di Kajang, mereka itu bakal pengundi hantu.

"Pekerja asing yang terdiri daripada pekerja Bangladesh, Indonesia dan sebagainya ini, berada di mana-mana sahaja di seluruh negara.

"Kita bagi jaminan 100 peratus, tidak akan ada pengundi hantu di Kajang," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Tambahnya, dakwaan wujudnya pengundi hantu sering diuarkan namun realitinya perkara itu tidak berlaku.

Terbaru, sebuah portal berita melaporkan sebuah rumah kelihatan menarik perhatian ramai, terutama apabila sekumpulan warga asing dilihat keluar masuk di situ, membangkitkan kebimbangan pendatang asing dibawa masuk untuk membuang undi.

Portal berita itu juga menyatakakan ada spekulasi bahawa rakyat Myanmar berkumpul di Kajang untuk membantu PRK Dun Kajang supaya berpihak kepada BN.

Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata SPR sentiasa bersedia bagi memastikan akan memastikan kelancaran pilihan raya.

"Kita sentiasa bersedia, lagipun pengundi hantu ini kita kenal, mereka tengah beratur nak membuang undi lagi kita sudah boleh kenal.

"Kita tak akan biarkan perkara ini berlaku," katanya. - SH

No comments:

Post a Comment