21 February 2014

Polis Malaysia dipenjara di Medan


JAKARTA - Seorang anggota polis Malaysia dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Daerah Medan kelmarin kerana menyeludup 0.5 gram serbuk kristal methamphetamine menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Polonia di Medan, Sumatera Utara, Mei lepas.

Menurut akhbar berbahasa Inggeris Jakarta Post semalam, Lans Koperal Salim Muhammad Yusof, 49, turut didenda Rp800 juta (RM224,000) atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda itu.
Hukuman terhadap Salim dibuat di bawah Undang-undang No. 35/2009 berkaitan narkotik republik itu.

- Kosmo

No comments:

Post a Comment