14 February 2014

Polis buru kekasih Josephine Mary


SHAH ALAM 13 Feb. - Polis sedang mencari bekas teman lelaki pemilik akaun Facebook dengan nama Josephine Mary bagi membantu siasatan berhubung status laman sosial itu yang mengandungi hasutan, cacian dan fitnah melampau terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menurut sumber, lelaki itu dipercayai berada di Seremban, Negeri Sembilan.
Jelas sumber itu lagi, lelaki tersebut pernah mengamuk dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah rumah Josephine Mary, 27, di Taman Megah, Kajang pada November tahun lalu.
Tembakan yang dilepaskan oleh lelaki terbabit mengenai bahu adik wanita berkenaan yang bekerja sebagai juruteknik.

Lelaki itu yang pernah bekerja sebagai anggota polis bantuan dipercayai bertindak sedemikian selepas pinangannya ditolak keluarga Josephine Mary.
Semalam, Josephine Mary, 27, ditahan di rumahnya di Kajang dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk diambil keterangan dan dibebaskan kemudiannya dengan jaminan polis.

Penahanan tersebut susulan pegawai pengiring kepada Sultan Selangor, Asisten Supritendan Ahmad Rohisham Ahmad membuat laporan di Balai Polis Seksyen 6 di sini terhadap sebuah blog yang menyiarkan pautan Facebook mengandungi hasutan, cacian serta fitnah melampau terhadap baginda.
Laporan itu dibuat Ahmad Rohisham selepas mendapat perkenan baginda.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, siasatan masih dijalankan.
utusan

No comments:

Post a Comment