19 February 2014

Malaysiakini percuma 24 jam


Akses kepada Malaysiakini versi Inggeris dan Mandarin adalah percuma selama 24 jam mulai pukul 7 malam ini. Login diperlukan.

Malaysiakini versi berbahasa Malaysia sudah sedia percuma.

Bagaimanapun, pelanggan tidak dapat membuat komen, manakala bayaran langganan juga tidak boleh diterima sepanjang tempoh berkenaan.

Ini berikutan perpindahan sistem pengurusan langganan - yang dikenali sebagai Manage4me.com - ke cloud. Dengan hosting cloud ini, enjin langganan dijangka lebih stabil dan kurang terdedah kepada serangan.

Pasukan teknikal berharap sistem akan kembali seperti biasa pada jam 7 malam esok, di mana login, komen dan bayaran langganan diaktifkan semula.

Sepanjang tempoh 24 jam itu, pembaca boleh meninggalkan komen di laman Facebook Malaysiakini. Ia akan digunakan bagi kompilasi komen untuk 'Yoursay'.

Ini adalah langkah terakhir penghijrahan Malaysiakini dalam menggunakan perkhidmatan cloud.

Ekoran siri serangan DDOS, perkhidmatan web kami telah berpindah ke platform Microsoft Azure pada 2010 dan sejak itu telah berhijrah ke Google cloud.

Tahun lepas, perkhidmatan pengiklanan, Kinibiz dan KiniTV juga telah berpindah ke cloud. - Mkini

No comments:

Post a Comment