16 February 2014

Lelaki salah masuk jalan cedera dibelasah


Georgetown: Akibat salah faham kerana tersalah memasuki jalan, seorang lelaki menerima enam jahitan di mulut dan lebam di kepala selepas dibelasah sekumpulan lelaki dalam satu pergaduhan di hadapan sebuah hotel di Jalan Batu Ferringhi di sini semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi apabila mangsa berusia 29 tahun berada di tepi jalan sebelum didatangi lima lelaki yang membawa topi keledar.

Jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan kejadian berlaku ketika mangsa baru pulang dari sembahyang di sebuah kuil di Teluk Bahang.

Beliau berkata, sebelum kejadian mangsa dikatakan tersalah masuk jalan di Tanjung Tokong sehingga tidak boleh keluar apabila dihalang sebuah lori dan berlaku petengkaran kecil.

Katanya, keadaan menjadi tegang apabila mangsa cuba beredar dari tempat kejadian tetapi mangsa dikejar kelima-lima suspek lalu memukulnya dengan topi keledar. - Hmetro

No comments:

Post a Comment