16 February 2014

KWSP isytihar dividen 6.35 peratus untuk 2013 - Pengerusi KWSP


KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 6.35 peratus untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013 bagi ahlinya, iaitu peningkatan berbanding tahun 2012.

Tahun lepas KWSP mengisytiharkan dividen sebanyak 6.15 peratus.

Pengerusi Lembaga KWSP, Tan Sri Samsudin Osman dalam kenyataan di sini hari ini berkata, ini merupakan bayaran dividen paling tinggi sebanyak RM31.20 bilion kepada ahlinya, peningkatan 13.66 peratus berbanding RM27.45 bilion pada 2012. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment