14 February 2014

Koperal Cawangan Khas Bukit Aman didakwa bunuh rakan setugas


Kuala Lumpur: Seorang koperal polis cawangan khas Bukit Aman dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini, atas tuduhan membunuh rakan setugasnya, awal bulan ini.

Tertuduh, Wan Masrul Faiezie Wan Mustapha, 33, yang hadir berbaju T hitam dan berjeans biru yang tenang sepanjang prosiding, hanya mengangguk sambil menjawab 'saya faham' selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Majistret Erry Shahriman Nor Arippin, sebentar tadi.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana jenayah itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah menetapkan 14 April ini untuk sebutan kes. - Bharian

1 comment:

  1. Sekiranya tidak melakukan jenayah itu, tentu masih hidup merdeka di tengah masyarakat. Kenapa pendek benar akal sehingga boleh terlibat dgn jenayah bunuh?

    ReplyDelete