18 February 2014

Koleksi hartanah PKNS 2014 dapat sambutan hangat


Koleksi Hartanah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) 2014 yang sedang berlangsung di SACC Mall, Shah Alam sejak empat hari lalu mencatat jumlah jualan lebih RM8.6 juta.

Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim (gambar) berkata, antara projek yang mendapat sambutan ialah, kondominium Pinang Heights, sebuah projek dengan gabungan elemen penting dalam Indeks Bangunan Hijau (GBI) yang mencatatkan jualan tertinggi.

“Pinang Heights yang terletak di Seksyen 18, Shah Alam hanya mempunyai 60 unit sahaja, daripada 1,238 hingga 1,421 kaki persegi (kps), dilengkapi dengan kolam renang, kawalan keselamatan 24 jam dan pelbagai kemudahan kondominium.

Projek Vega Residensi 1 di Cyberjaya pula yang terletak di Taman Sains Selangor II iaitu sebahagian daripada pembangunan bandar bercampur bersepadu di kawasan pembangunan berteknologi tinggi turut terjual.

Ishak berkata, Koleksi Hartanah PKNS 2014 ini juga mengetengahkan projek Citrina 2 di Bernam Jaya dan Kedai Pejabat Gapi Evenue 3 di Antara Gapi.
Citrina 2 adalah rumah kluster moden dua tingkat dengan persekitaran hijau dan dijual bermula dari RM292,486 dengan keluasan 1,453 hingga 2,038 kps.

Tambahnya, terdapat dua lagi projek yang bakal dilancarkan oleh PKNS dan kini dibuka untuk pendaftaran iaitu link dua tingkat di Kota Puteri dan semi-d di Antara Gapi.
Koleksi Hartanah PKNS berlangsung sehingga 9 Mac depan bermula jam 10 pagi hingga 8 malam.
“Sempena sambutan jubli emas PKNS pada tahun ini juga, kita turut menawarkan hadiah cabutan bertuah berupa jongkong emas dan pelbagai insentif menarik.
“Maklumat dan promosi terkini mengenai projek-projek PKNS boleh didapati dengan memuat turun aplikasi PKNS Property di telefon bimbit atau layari www.pknsproperty.com,” katanya. – 18 Februari, 2014. - TMI

No comments:

Post a Comment