20 February 2014

Ketua DAP Cawangan Kampung Jering Mati Ditembak


MANJUNG: Ketua DAP Cawangan Kampung Jering mati ditembak di rumahnya di Kampung Jering, Ayer Tawar dekat sini.
Wong Kong Ting, 56, ditemui mati berlumuran darah di hadapan rumahnya oleh anggota keluarga selepas mendengar bunyi tembakan kira-kira pukul 10 malam Rabu.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Manjung namun disahkan mati kira-kira pukul 11 malam.
Difahamkan tiga das tembakan telah dilepaskan kearah mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian lengan dan dada.
Berdasarkan siasatan awal, polis percaya Wong ditembak oleh penembak yang menaiki motosikal. - Mstar

No comments:

Post a Comment